Ads 468x60px

Friday 2 May 2014

Saya Nak Sihat dengan Berat Yang Ideal!!!

Assalamualaikum,


Dalam tahun ni bila berjumpa ngan kawan-kawan ofis mesti diorang tegur.

"Ko ni dah berisi erk sekarang, senang hati kot"

"Eh, akak tengok badan ko makin berisi la. Masa dalam meeting pun nampak bulat je muka ko"

Dengan selambanya saya akan jawab,

"Aah kak, memang badan saya dah berisi"

Hakikatnya jauh di sudut hati ni, tersentap jugak sebenarnya.




Cuba bayangkan dispatch yang tak pernah tegur saya sebelum ni boleh berhenti kat workstation dan cakap, "saya nampak akak ni makin berisi la". Waaa...biar betul ni.

Tetiba terfikir, sampai bila aku nak 'mengembang' macam ni dengan jayanya ek.

Lepas tu macam-macam soalan keluar dalam benak fikiran ni.

"Bila aku nak start diet ni??? "

"Boleh ke aku 'control' makan?? "

Saya tak ada ilmu yang cukup untuk mengamalkan diet yang betul. Lagipun, saya tak ada kekuatan dari dalam untuk mengubah tabiat pemakanan saya.

Saya suka makan KFC, ayam MCD, pizza, ABC, fun fries dan sealiran dengannya lah. Pergghh, pendek kata apa saja makanan yang tidak sihat itulah yang saya suka. Orang Malaysia la katakan..hihi.


Saya ni memang pantang nampak makanan. Walaupun perut dah 'kata' kenyang tapi still lagi nak makan.

Kalau balik kampung jangan cerita la. Asyik makan je, tak berhenti. Adusss...


It's Time To Change

Saya bersyukur sebab last minute join Family Day ("FM") Legasi Anugerah Terindah. Anjuran master Ira dan Hafizan.

Sebelum pergi ke FM, master kami ada create satu whatsapp group. Tujuannya untuk update apa sahaja maklumat berkaitan FM kepada anak2 Shaklee yang join FM in. Opss, hanya untuk group MFMS sahaja.

Masa tu nama group tu kalau tak silap "PD Trip".

Di pendekkan cerita, lepas balik dari family day, nama group tu dah bertukar kepada "Cabaran Ideal Weight".

Semua orang obses untuk turunkan berat badan. Termasuklah master Shaklee dan "ayah" shaklee i.e Abob. Untuk pengetahuan anda, Abob ni dah masuk kategori obesiti.




Azam salah seorang dari ahli group "Cabaran Ideal Weight" kami

Bermula dari situ, saya tersedar.

Sampai bila saya harus mengekalkan Cara hidup macam ni? Sampai bila?

Saya perlu buat keputusan. Saya perlu berubah.

Adakah saya mahu 'live by default' dengan follow je cara hidup sekarang? Mungkin satu hari nanti saya ditimpa penyakit kesan dari pemakanan yang tak sihat ni. Takkan la masa tu baru saya nak 'tersedar'. Mungkin pada waktu tu dah terlambat.

Dulu, pakai baju kemeja saiz S pun still lagi longgar. Tapi Sekarang...entah la, saiz M pun mesti ketat.

Soalannya, bila saya nak 'insaf'???

Takkan nak tengok je, kemeja saiz s tu tersusun cantik dalam almari tu je???

Atau...saya perlu berubah. Saya perlu ' live by design'.

Saya perlu menjadi 'pemandu' kepada hidup saya. Saya perlu mengambil alih peranan 'nafsu' yang selama ni menjadi 'pemandu' hidup saya dalam bab makanan.

Saya mesti buat keputusan yang sang at pending dalam hidup.

Saya mesti hidup lebih sihat.


It's now or never

Saya berjanji kepada diri sendiri, saya perlu berubah.

Saya tak boleh hidup biasa-biasa. Saya perlu hidup luar biasa.

Saya mahu hidup sihat!

Saya perlu bertindak sekarang!


Program membuang lemak berlebihan dari badan bermula

Setiap tahun di ofis kami akan ada pemeriksaan kesihatan percuma. Untungkan..hihi.

Alhamdulillah, kesihatan saya baik kata nurse yang bertugas.

Tapi ada satu masalah yang besar, lemak yang terkumpul dalam badan tersangat la banyak...huhu.

Untuk pengetahuan anda, kami ada seorang 'trainer' yang memberikan khidmat nasihat kepada semua yg berada dalam group ideal weight kami. Thank you to Abang Botaq.

Saya perlu kawal pemakanan. Abang botaq cakap, kalau nak kurus kena control makanan. Ini termasuklah pengambilan supplement untuk mempercepatkan proses penurunan berat badan.
Nak tahu tak tips yang abang botaq bagi.

"70% adalah dari kawal pemakanan dan 30% lagi adalah dari exercise".

Saya hanya boleh makan nasi satu kali sehari. Mesti bersama sayur yang di masak tanpa minyak.



Kepada sesiapa yang nak turunkan berat badan, anda di larang sama sekali mengambil nasi yang berlebihan, makan makanan yang berkarbohidrat tinggi seperti kentang, makanan bergoreng dan berminyak.

Saya perlu fokus kepada apa yang saya perlu makan.




Ini sarapan pagi saya. Secawan ESP Shaklee di campur dengan oat. Tambah sket milo untuk menambahkan lagi kesedapan breakfast saya ni.

No more nasi lemak 'pakcik' (untuk yang bekerja di lorong Dungun, mesti faham), mee goreng dan makanan berminyak lain. Sesekali bolehla tapi tak boleh berlebihan.



Untuk lunch, saya akan ambik nasi separuh dengan lauk ikan kembung bakar dan sayur-sayuran atau ulam.
Menu ni akan berubah-ubah ikut hari la...hihi.


Lepas lunch ni, saya mesti ambik 2 jenis supplement. Ia sangat-sangat membantu dalam penurunan berat badan.Tak mahal pun...hihi.

Senaman wajib yang saya lakukan untuk 5 hari bekerja adalah naik tangga ke tingkat 4 sambil dukung Husna yang berusia 4 tahun tu. Berpeluh tu. Terpaksa sebenarnya sebab dia selalunya malas nak naik tangga pagi-pagi. Tapi takpe la, atleast tu dah di kira bersenam kan?

Petang, seminggu sekali , saya akan join aerobik yang ofis anjurkan ataupun berlari di treadmeal.

Tak sampai sebulan mengamalkan diet yang betul ni, berat dah makin turun. Tadi pun masa kat surau ada sorang akak ni tegur, "awak dah nampak kurus balik erk".

Ermmm...renung-renungkan.



Inilah kisah saya kali ni. Berazam untuk lebih sihat.

"Kita makan untuk hidup, bukan hidup untik makan"

Insyallah, saya akan berjaya untik buang "lelemak" terkumpul ni.

Doakan saya berjaya yer kawan-kawan.

Kepada anda yang BMI lebih 25, bila anak berubah? Takkan nak tunggu baju saiz S bertukar ke saiz L baru nak start.

Ingat, kita lebih mudah untuk menurunkan berat badan ketika masih di peringkat awal. Jangan nanti BMI lebih dari 35 baru nak tersedar.

Jangan nanti penyakit 3 serangkai datang, baru nak bermula.

Jom turunkan berat badan beramai-ramai. Cuba bayangkan anda nanti berhari-raya dengan lebih bergaya, dapat pakai baju kebaya, "peplum"...hihi.

Jika anda perlukan khidmat nasihat untuk menurunkan berat badan dengan cara yang sihat dan menggunakan produk Shaklee. Sila pm saya.

Insyallah, insan tersayang pasti berbangga dengan perubahan hidup anda nanti.


 
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Hubungi Kami untuk:-
 
FREE CONSULTATION and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Facebook - Mia Aiman
No tel: 013-2801973 call/SMS



Jika anda rasa entry ni best, sila 'like' untuk manfaat kawan-kawan lain :-)















blogger templatesblogger widgets

1 comments:

  1. Doakan saya berjaya membuang lemak-lemak degil ni..:-)

    ReplyDelete

 
Blogger Templates